Jata Negara

Carta Fungsi

Kemaskini Terakhir: Memuatkan masa...

Carta Fungsi SPK, JPN

Kemas Kini pada 4 Julai 2025 (Susulan Pengukuhan Perjawatan 3PK)

1

Sektor Pendidikan Khas (SPK)

  • 01.

    Merancang, memantau dan melapor pelaksanaan dasar dan program pendidikan khas selaras dengan dasar pendidikan negara di peringkat negeri/wilayah.

  • 02.

    Merancang, memantau, menilai dan melapor pelaksanaan kurikulum dan pentaksiran bagi murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK).

  • 03.

    Mengenal pasti, memantau dan mengawal selia keperluan sumber dan data bagi MBPK.

  • 04.

    Merancang, melaksana dan memantau pelaksanaan program-program khas di Sekolah Pendidikan Khas, Program Pendidikan Khas Integrasi dan Program Pendidikan Inklusif.

  • 05.

    Merancang, melaksana, memantau dan mengawal selia strategi pengesanan awal, intervensi awal dan rehabilitasi bagi MBPK.

  • 06.

    Memantau, menilai dan melapor keperluan khidmat sokongan, peralatan khas, bahan sokongan pengajaran dan pembelajaran serta bantuan pendidikan khas bagi MBPK.

  • 07.

    Merancang, melaksana, memantau dan menilai pelaksanaan program transisi MBPK.

  • 08.

    Merancang dan memberi khidmat nasihat berkaitan penempatan dan pertukaran MBPK.

  • 09.

    Memantau, menilai dan melaporkan keperluan guru pendidikan khas dan pembantu pengurusan murid (PPM).

  • 10.

    Merancang, menyelaras dan mengurus Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK).

  • 11.

    Merancang, menyelaras, melaksana, memantau dan menilai keberhasilan pembangunan bakat MBPK.

  • 12.

    Mengupayakan pegawai pendidikan khas PPD dalam memberi sokongan kepada sekolah.

  • 13.

    Merancang dan melaksana kerjasama dengan pihak berkepentingan dalam mengoptimum potensi diri MBPK.

2

Unit Pengurusan Pendidikan Khas

  • 01.

    Melaksana, memantau dan melaporkan pelaksanaan program/ aktiviti bagi menyokong dasar utama pendidikan khas di Sekolah Pendidikan Khas (SPK), Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan Program Pendidikan Inklusif (PPI).

  • 02.

    Memantau, menilai dan melapor pelaksanaan kurikulum yang berkaitan dengan MBPK.

  • 03.

    Melaksana dan memantau pelaksanaan program sukan, kokurikulum dan kesenian pendidikan khas peringkat negeri dan kebangsaan.

  • 04.

    Memantau, menilai dan melapor pelaksanaan Rancangan Pendidikan Individu (RPI) dan keperluan bahan sokongan pengajaran dan pembelajaran bagi MBPK.

  • 05.

    Mengenal pasti, mengemukakan dan memantau keperluan infrastruktur, projek pembangunan dan penyelenggaraan fizikal (ubah suai naik taraf atau bina baharu) bagi SPK, PPKI dan PPI kepada pihak berkenaan.

  • 06.

    Mengenal pasti dan memantau keperluan peralatan khas, penyelenggaraan serta sokongan pengajaran dan pembelajaran MBPK di SPK, PPKI & PPI.

  • 07.

    Menyediakan dan menganalisis data pendidikan khas peringkat negeri bagi SPK, PPKI dan PPI.

  • 08.

    Memantau dan mengemukakan maklumat keperluan bantuan pendidikan khas bagi MBPK kepada Sektor Pembangunan Murid.

  • 09.

    Mengenal pasti unjuran keperluan guru pendidikan khas dan PPM.

  • 10.

    Mengurus pendaftaran, penempatan dan pertukaran MBPK di SPK, PPKI dan PPI.

  • 11.

    Merangka, merancang dan melaksana keperluan latihan termasuk sesi bimbingan dan pementoran kepada pegawai pendidikan khas di PPD dan sekolah.

3

Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK)

  • 01.

    Merancang dan melaksana program saringan, penilaian dan pengesanan MBPK.

  • 02.

    Merancang dan melaksana intervensi (intervensi awal dan habilitasi/ rehabilitasi pendidikan khas) untuk meningkatkan potensi dan kemahiran MBPK bagi mengikuti persekolahan.

  • 03.

    Memberi konsultasi dan perkongsian ilmu dalam aspek perkhidmatan sokongan pendidikan khas.

  • 04.

    Melaksana program kesediaan ke sekolah dan kebolehan berdikari MBPK.

  • 05.

    Memberi perkhidmatan sokongan pendidikan khas di sekolah mengikut bidang khusus.

  • 06.

    Mengenal pasti dan memantau keperluan peralatan khas, penyelenggaraan dan sokongan pengajaran dan pembelajaran MBPK di 3PK.

  • 07.

    Melaksana dan menguruskan pengoperasian 3PK mengikut Garis Panduan Pengoperasian 3PK.

  • 08.

    Menyelaras dan melaksana kerjasama pintar khidmat kepakaran dengan pelbagai agensi.